best friends...

Thursday 27 August 2009

Selamat berpuasa

Selamat berpuasa.

Monday 24 August 2009

Welcome


RockYou FXText

birthday

Wednesday 5 August 2009

Liverpool........jalan2 di Stadium

Liverpool......bersama fan club liverpool


Selepas berada di dalam stadium, kakak dengar ada bunyi gendang kuat, rupanya fan club liverpool tengah training untuk 8th August nanti ada game, sempat juga kakak posing ngan Iman, gendangnya mmg menarik perhatian pengunjung yang datang.Kenangan bersama logo di hadapan kedai kelab penyokong

Masih ditempat yang sama.....adam sibuk nak tunjuk peace sampai tak tengok camera asyik tengok tangan dia ajer

Hadif dah dapat jersi Liverpool terus print nama Hadif(1)

Ini di hadapan Stadium....

Memang seronok dapat pergi sini, kalau kat Malaysia tak pernah pun gi Stadium mana2, tapi kat sini dah dapat pergi 2 stadium satu lagi di Manchaster

Bradford Travelodge

Bradford Travelodge


Adam masani tak berapa sihat, kami hampir tak pergi bercuti kerana keadaan adam yang tak berapa sihat, biler adam dah ok sikit, baru abi kata ok boleh bertolak ke Bradford, Adam sedikit susut badan kerana dah 2 hari hanya minum susu umi sajer...
Sampai di Bradford travelodge dah pukul 6.00 petang, kakak dan adik2 sempat bergambar bersama pet masing-masing.

Dah penat main, perut pun dah lapar, umi bawak nasi impit makan dengan rendang daging, ada juga nasi makan dengan ayam sambal.

Kami tak kemana-mana pun petang tu sebab adam tak berapa sihat......

Kakak bersama Hadif

Selalunya kalau pergi Travelodge ni kami lebih suka lepak2 kat bilik ajer, pastu biler lapar gi cari makanan, dapat bercuti macamni pun dah seronok, bukan nak jalan sangat2 pun.

Leeds

Bercuti di Leeds


Ini kakak, iman dan hadif di bandar Leeds, tak jauh dr Bradford Travelodge tempat kami tinggal. Kami berpeluang lagi bercuti kali ini di tiga tempat Bardford, Leeds dan juga Liverpool. Masih ditempat yang sama, Leeds memang cantik, banyak bangunan lama yang kekal seperti kisah sejarah dahulu kala.

Ini antara bangunan lama yang terletak di tengah-tengah bandar Leeds

Umi dan adam.......sempat berposing depan air pancut

Kami bertiga juga, sempat berposing di tepi pancuran air. Walaupun hanya singgah sekejap tapi berasa puas kerana sempat berjalan di kawasan-kawasan yang menarik.

Rasanya semua negeri di UK kami dah pergi, harap semua tempat meninggalkan kenangan indah buat kami sekeluarga.